Sunday 18 September 2011

Face Book..
Hadir pada mulanya untuk menjatuhkan agama islam,
Diwujudkan untuk merosakkan anak adam,
Tapi rupanya UKHUWAH islam senang dijalankan,
Agama Islam mudah disebarkan dan diikutkan,

Face Book..
Mudah maksiat dijalankan andai manusia salah gunakan,
Pelbagai fitnah telah disebarkan untuk pecah belahkan semua insan,
Namun wujud manusia sayangkan agama tuhan serta perpaduan semua insan,
Membantu menyebarkan risalah ALLAH bagi kebenaran dapat diperkenalkan dan dilaksanakan,

Face Book..
Yahudi merancang merosakkan umat islam secara pelahan,
Agar mereka dapat melumpuhkan segala dakwah yang dijalankan,
Tapi umat islam tidak sebodoh yang disangkakan apatah lagi lemah seperti difikirkan,
Menjadikan FACE BOOK satu WADAH penyebaran agama ISLAM agar semua dapat mengenali lebih mendalam..=)

BERHATI-HATILAH.....

‎..........(¯`v´¯)

...........`•.¸.•´ ~ ♥ TIPS MENCARI JODOH TANPA ''COUPLE'' ♥ ~

.........(●̮̮̃•̃)..(●̮̮̃•̃)

......... /█\ ♥/█\

...❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•
”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤

(`'•.¸ "Habis nnt macam mana nak cari isteri/suami?"

bab nak mencari bakal isteri ni apa susah~

berserah sahaja kepada Allah~

bila MASA sudah sampai~ dapatlah~

(`'•.¸ "Bukan kita kena USAHA ke?"

memanglah kena usaha

tak akan saya nak duduk rumah tunggu orang msk meminang pulak kan?

tapi COUPLE is WRONG

baik kumpul duit~ persiapkan diri dgn tanggungjawab~

pergilah meminang seseorang yang berkenan di HATI

(`'•.¸ "Nanti kena REJECT macam mana?"

dah nak REJECT..nak buat apa?

fikir positif lah~ maybe ada yg lebih baik buat kita

Allah kan tahu apa yg terBAIK buat hambaNYA

kita kenalah REDHA dengan ketentuanNYA

(`'•.¸ "Kalau dah berkenan dkt hati macam mana?"

lagi senang kalau mcm tu~ dah cukup duit & persiapan~

teruslah masuk meminang @ lagi best kahwin terus~

tak payah nak berCOUPLE bagai~ buat maksiat sahaje apa guna~

korang nak masuk SYURGA ke NERAKA r?

kalau belum cukup lagi tu~

simpan lah dalam hati~ cuba test berpa lama korang leh suka kat bdk tu?

maybe perasaan korang tu just CRUSH only~

(`'•.¸ "Eleh~ budget ko baik sangat r? Ramai jer yang couple. Boleh jer aku tgk."

Ye~ Saya tak kata saya baik. Korang yang menilai diri saya ini.

Macam mana korang NILAI or pandang..itu terpulang~

yang penting PANDANGAN Allah terhadap saya nanti bagaimana?

sbb nanti akhirat saya yang kena soal~

kenapa saya tak sedarkan kamu semua?

kenapa saya tak halang or nasihat rakan-rakan saya?

sekarang~ I have DONE my job~

nnt itu antara kamu dan Allah ek~

(`'•.¸ "Mak & ayah restu lah."

Memanglah mak & ayah restu~

tapi Allah restu ke tak ea?

korang FIKIRlah sendiri~

semua diberi AKAL untuk berfikir

saya yakin korang pandai menilai apa yang baik & buruk

ingat lah~ niat tidak memBENARkan cara~

(`'•.¸ perkahwinan tu satu benda yang SUCI

tapi manusia yang mengotori ikatan ini

oleh sebab terlalu mengukut budaya barat

semua benda yang HARAM pun boleh jd HALAL

(`'•.¸ fikirlah wahai RAKAN

kita ni umat akhir zaman

kiamat tu PASTI

kenapa korang tak SEDAR lagi

or korang tahu just buat2 tak tahu saje?

fikir-fikirkan lah~

✿♫•*¨*•.¸¸❤ ✿♫•*¨*•.¸¸❤

❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”
*°•✫❤✫•

Thursday 15 September 2011

Titipan Buat Kaumku

MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu. 
MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu. 
MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.J angan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu. Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu........

Monday 5 September 2011

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.Salam perjuangan untuk sahabatku ,
Wanita solehah.

“Wanita hiasan dunia ,Seindah hiasan adalah wanita solehah”




Aku Cuma An-Nisaa


Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin  bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah…
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..

~>♥ JIKA MAHU BERNIQAB ♥<~



Berniqab bukanlah kerana trend terkini..
Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..
Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain..
Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..


Jadi sebelum kau mulakan niqab di wajah,
Niqabkan hatimu dulu,
Niqabkan jiwamu dulu,
Niqabkan lidahmu dulu,
Niqabkan langkahmu dulu...


Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung.
Yang terbuka belum tentu buka terus..
Berilmu lah sebelum kau beramal wahai sahabat...


Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Allah swt.
menguji sekuat mana cintanya niqabis itu dlm dirinya krn Allah swt..
Usahlah melatah bila difitnah, krn mmg kau melindung dari fitnah..
Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu..
Pabila ada kesempatan, yg lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam..


Usahlah kau mendongak wajah ke langit..
Belum tentu yg berniqab itu beriman..
Kerana itu kukatakan, niqabkan dirimu, sebelum kau niqabkan wajahmu..
Istiqamah bukan hanya sekadar kata..
Istiqamah ini bkn hya ayat cantik utk ditaip di facebook,twitter,myspace,ym dan skype..
Tetapi ia perlulah dari jiwa yg tulus mulus demi Allah swt..
Maka kau niqabkan setiap kata-katamu..


Jangan perlekehkan nilai niqab,
kerana dibalik tirai suara-suara itu..
berhimpun manusia menunggu jelek kan kita..


Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala - ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA!
Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT!
Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN!


Yang membuka aurat, dah terang taknak berundur mendengar perintah Allah..
Jangan lah yg memberati aurat ini mencemar niqabis itu sndr..
Jari menari di papan kekunci katakan CINTA ALLAH,CINTA RASUL..
Yakinkah anda? Jangan berkata tetapi hakikatnya berpeluk tubuh...
Terlalu sarat dgn kata nista..
Kau berdusta!!
Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka..
Niqab bukan fesyen terbaru!
Niqab bukan pelindung maksiat!
Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!
Niqab bukan utk dipersendakan...
Berilmulah sebelum beramal..
Kerana yg menderita adalah mrk yg bjuang bhabis-habisan..


Berniqablah kerana anda sudah bersedia,
bukan untuk menunjuk2 anda hebat..kerana itu belum
menunjukkan anda sudah bersedia,
bahkan sebenarnya masih timbul dihati rasa cintakan dunia..
cintakan pujian manusia..Astaghfirullah Al'azim..
jangan jadikan berniqab ni sebagai trend tapi biarlah atas
kesedaran diri sendiri ..


>♥ Buat tatapan khasnya Akhawat Malaysia, university Mu’tah,
kat link ni adalah coretan hati seorang kakak senior
Jami'ah Mu'tah, dia dah graduate sekarang,
dinaqolkan semula oleh seorang syabab masa
tinjau blog ke blog,menulis mengenai isu “niqob”
mahasiswi Mu’tah kita..


~ ♥ "Yang tertutup itu indah" ♥ ~








Wednesday 31 August 2011

Selangkah Demi Selangkah








Kita baru sahaja memulakan langkah pertama dalam perlumbaan kehidupan.Kita baru sahaja menulis huruf pertama dalam puisi terindah kisah kita.Kita baru sahaja mencoret goresan awal lukisan termasyhur milik kita.Kita baru sahaja membunyikan nada pertama simfoni tersyahdu.
Jangan berhenti berjuang!!!!!
Tiada manusia yang dilahirkan sebagai panglima,
Tiada pemimpin yang tidak pernah gagal,
Tiada kejayaan tanpa keringat dan air mata,
Tiada kemanisan tanpa kesakitan.

Jangan katakan takut sebelum engkau melawan,
Jangan katakan sakit sebelum engkau berdarah,
Jangan katakan tidak sebelum engkau mencuba,
Jangan katakan menyerah selagi nyawa dikandung badan!

Tuhan tidak menjanjikan hari-hari tanpa sakit,
Tuhan tidak memberikan kesenangan tanpa kesusahan,
Tuhan tidak menawarkan matahari tanpa hujan,
Tetapi Allah menghadirkan kekuatan untuk menempuh kesusahan,
penghiburan sebagai ganti air mata,
dan cahaya petunjuk di sepanjang perjalanan!

Lebih baik kamu memiliki banyak rencana yang belum terlaksana,daripada tidak mempunyai rencana sama sekali;
Lebih baik kamu berdoa diberi kekuatan untuk menghadapi kesulitan,daripada berdoa dijauhi kesulitan;
Kerana doa memberikan kekuatan pada yang lemah,
membuatkan yang tidak percaya menjadi percaya,
dan memberikan keberanian pada yang ketakutan.

Di fikiranmu ada tujuan yang jelas,
Di hatimu ada tekad dan semangat membara,
Di belakangmu ada dorongan orang tersayang,
Di sampingmu ada rakan-rakan yang mendukung,
Di hadapanmu ada kemungkinan tanpa batas.


Jangan berhenti berjuang!!!!!
Anda pasti menemui kejayaan!!!!!